Perbincangan

Banyak konsep matematik yang sangat penting untuk dipelalajari oleh kanak-kanak sekolah boleh diajar secara hands-on dan secara praktikal. Belajar tentang pengukuran adalah salah satu daripadanya. Walau apapun aktiviti pembelajaran yang melibatkan pengukuran pastinya sesuatu yang akan menarik minat murid untuk menyertainya. Ini akan menambahkan keupayaan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran yang hendak diajar.

Dalam tugasan ini, topik pengukuran isipadu cecair bagi murid Tahun Dua telah dijadikan asas dalam menyediakan 2 jenis bahan-bahan bantu belajar dan 2 jenis aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk murid dengan tahap  penguasaan yang lemah dan murid dengan tahap penguasaan yang lebih tinggi masing-masingnya.
Aktiviti pembelajaran yang dibina didalam tugasan ini adalah berdasarkan murid-murid tahun 2 tersebut telah pun menguasai konsep perbandingan isipadu cecair diantara bekas-bekas yang berlainan. Murid juga telah didedahkan dengan alat-alat pengukuran isiapadu cecair yang standard dan unit-unit pengukurannya yang standard iaitu mililiter (ml) dan litre (l).

Rasional penggunaan cecair berwarna adalah supaya murid berminat 'bermain' dengan cecair tersebut dan memudahkan murid membuat bacaan pada silinder penyukat. Penggunaan cecair berwarna memudahkan murid melihat meniskus cecair yang terbentuk. Ini akan meminimumkan kesilapan murid dalam membuat bacaan.

Tiada ulasan: