Sabtu, November 27, 2010

Contoh Video Menunjukkan Bagaimana Isipadu Cecair Diukur Dengan Menggunakan Silinder Penyukat

Video dibawah adalah contoh bagaimana cara yang betul untuk menyukat atau mengukur isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat.




Langkah-langkah yang perlu diambil semasa mengukur atau menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat adalah:
  1. Pilih silinder penyukat yang sesuai dengan isipadu cecair yang hendak diukur atau disukat.
  2. Pastikan silinder penyukat diletakkan diatas permukaan yang rata.
  3. Menuangkan cecair yang hendak diukur atau disukat secara perlahan-lahan
  4. Membuat bacaan pada skala silinder penyukat.
  5. Pastikan bacaan dibuat pada bahagian bawah meniskus dan mata mestilah pada kedudukan sama aras dengan meniskus.
Antara alatan lain selain daripada silinder penyukat yang boleh digunakan untuk mengukur atau menyukat isipadu cecair adalah bikar, pipet dan buret. Bikar lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan isipadu cecair secara anggaran manakala pipet dan buret selalunya digunakan untuk mendapatkan bacaan isipadu yang lebih tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan