Sabtu, November 27, 2010

Salah Faham Murid Dalam Membuat Perbandingan Isipadu Cecair Dalam Bekas-Bekas Yang Berlainan

Video-video yang dipaparkan disini menunjukkan dengan jelas salah faham kanak-kanak mengenai konsep perbandingan isipadu cecair. Kanak-kanak gagal membandingkan bekas yang mana satu mempunyai isipadu cecair yang lebih besar atau sebaliknya. Mereka selalunya membandingkan ketinggian sesuatu bekas bukan muatan atau isipadu bekas tersebut.

Video 1


Video 2

Dalam video ini sebenarnya jumlah isipadu cecair adalah tidak berubah walaupun dimasukkan kedalam bekas yang berbeza dari segi saiznya.

Antara sifat cecair adalah:
1) mempunyai jisim
2) mempunyai isipadu yang tetap
3) mempunyai bentuk yang tidak tetap, dan
4) mengambil bentuk bekas yang diisinya.


Sebagai seorang guru, kita mesti mengambil kira perkara ini dalam menentukan kaedah pembelajaran dan pengajaran didalam bilik darjah. Perkara lain seperti kognitif murid dimana terdapat murid lemah, sederhana dan pandai juga perlu diambil perhatian dalam menyediakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan supaya hasil pembelajaran yang dirancang tercapai.

Didalam posting seterusnya akan dimuatnaik contoh aktiviti pembelajaran dan pengajaran berkenaan topik mengukur isipadu cecair bagi murid tahun 2, yang sesuai dilaksanakan terhadap murid lemah dan murid pandai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan