Ahad, November 28, 2010

Bahan Bantu Belajar (teaching aids) dan Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (teaching activities)

Murid Aras Rendah

Topik: Isipadu Cecair
Tajuk: Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
Objektif Pembelajaran: Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit standard.
Hasil Pembelajaran     : Murid akan dapat mengukur isipadu cecair berlainan menggunakan standard unit.

Bahan-Bahan:

  1. 3 bikar yang berlainan saiz
  2. 3 cecair berlainan warna
  3. 1 silinder penyukat
3 bikar berlainan saiz

silinder penyukat

cecair biru
    cecair merah
    cecair hijau

    Aktiviti Pembelajaran:

    1. Guru menyediakan 3 bikar yang mengandungi cecair yang berlainan warna.
    2. Isipadu cecair tersebut ditentukan oleh guru terlebih dahulu tanpa diketahui oleh murid. 
    3. Contohnya: bikar dengan cecair biru sebanyak 100 ml, bikar dengan cecair merah; 80 ml dan bikar dengan cecair hijau; 50 ml.
    4. Murid diberi tunjuk cara bagaimana untuk membuat bacaan pada silinder penyukat oleh guru.
    5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi 5-6 orang.
    6. Murid diminta mengukur atau menyukat isipadu cecair didalam ketiga-tiga bikar dengan menggunakan silinder penyukat dalam kumpulan masing-masing
    7. Murid merekodkan bacaan mereka didalam jadual.
    8.  

      Bikar
      Warna Cecair
      Isipadu Cecair (ml)
      A
      Biru

      B
      Merah

      C
      Hijau


      Aktiviti Pengukuhan:
      1. Murid diminta oleh guru mengukur atau menyukat cecair biru sebanyak 75 ml, cecair merah; 55 ml dan cecair hijau; 26 ml dengan tepat.
      2. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikan tugasan ini dipilih sebagai pemenang
      Penutup:
      1. Guru bertanya kepada murid mengapa silinder penyukat digunakan untuk mengukur atau menyukat isipadu cecair.
      2. Guru merumuskan adalah penting bagi kita mengukur atau meyukat isipadu sesuatu cecair dengan mengunakan alatan dan unit yang standard supaya ukuran atau sukatan yang dibuat adalah sama, seragam atau standard.

      Murid Aras Tinggi

      Topik: Isipadu Cecair
      Tajuk: Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
      Objektif Pembelajaran: Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit standard.
      Hasil Pembelajaran     : Murid akan dapat mengukur isipadu cecair berlainan menggunakan standard unit.

      Bahan-Bahan:

      1. 3 bikar yang mengandungi 3 warna cecair.
      2. 3 buah tabung didih yang sama saiz dan rak tabung didih.
      3. 3 buah silinder penyukat yang berlainan isipadu.
      cecair biru

      cecair hijau

      cecair merah

      tabung didih

      rak tabung didih


      silinder pen


      Aktiviti Pembelajaran:

      1. Murid diberi tunjuk cara bagaimana untuk membuat bacaan pada silinder penyukat oleh guru.
      2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi 5-6 orang. 
      3. Murid diminta menyukat isipadu cecair yang berlainan warna untuk dimasukkan ke dalam tabung uji yang disediakan berdasarkan arahan guru. Contohnya cecair biru sebanyak100 ml, cecair merah; 55 ml dan cecair hijau; 18 ml.
      4. Murid dikehendaki mengukur atau menyukat dengan tepat jumlah isipadu cecair seperti yang diarahkan oleh guru dalam kumpulan masing-masing.
      5. Murid perlu memilih sendiri silinder penyukat yang sesuai untuk mengukur atau menyukat isipadu cecair yang berlainan seperti yang diarahkan oleh guru. 
      6. Murid memasukkan cecair yang telah disukat tadi kedalam tabung didih yang berlainan dan diletakkan diatas raknya untuk diperiksa oleh guru.
       
      Aktiviti Pengukuhan:
      1. Murid diminta oleh guru membandingkan 2 biji batu, yang mana satu mempunyai isiapadu yang lebih besar. 
      2. Murid ditunjuk ajar oleh guru untuk mengukur atau menyukat isipadu batu-batu tersebut menggunakan prinsip Archimedes iaitu kaedah penyesaran air.
      3. Murid merekodkan hasil ukuran atau sukatan mereka dalam jadual
      4. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikan tugasan ini dipilih sebagai pemenang
       
      Batu
      Isipadu Air Dalam Bikar (ml)
      Isipadu Air yang Disesarkan oleh Batu (ml)
      Isipadu Batu (ml)
      A



      B




      Penutup:
      1. Guru bertanya kepada murid mengapa silinder penyukat digunakan untuk mengukur atau menyukat isipadu cecair.
      2. Guru merumuskan adalah penting bagi kita mengukur atau meyukat isipadu sesuatu cecair dengan mengunakan alatan dan unit yang standard supaya ukuran atau sukatan yang dibuat adalah sama, seragam atau standard.

        Tiada ulasan:

        Catat Ulasan